💀💀💀💀💀💀💀💀
Pening pening pening.... Tu la perasaan yang bermain kat kepala ni waktu tiba2 mata disahkan menjadi 90% buta tanpa tau apa punca penyakit ni.
Yelakan, memandangkan umor pun baru hujung 20an, masih bekerja n mikir masa depan yang panjang lagi. Bos pun dah bape kali bagi pandangan suruh resign demi keselamatan diri. takut2 excident tgh jalan, memandangkan kita drive sendiri p kerja naik motor.
"U mau cari duit tp u sudah sakit elok u rehat2 saja dulu dirumah, sudah sembuh u mau cari duit byk mana pun u boleh." Slogan kata Boss. tq boss
Dari hospital putrajaya sampai ke hospital selayang aku buat rawatan, Lebih kurang 5 bulan Doktor bersungguh2 untuk merawat penyakit yang xtau punca ni. Terima kasih sangat2 doktor untuk usaha n kata2 semangat dan nasihat. Nasib baik la doktor bg nasihat suruh apply Pencen Ilat Perkeso/Socso.
Balik je rumah, aku pergi minta pendapat dari abang2 sedara mara dulu tentang pencen ilat ni, maklumlah kan, orang lebih berpengalaman la sangattt.. sebab dia pernah claim sebab excident waktu nak pergi kerja dulu. Bila aku tanya, dengan confident 200% dia cakap nak claim perkeso cuma untuk orang yang excident kat tempat kerja or jalan pergi/balik kerja je. Kalau sebab sakit memang xkan boleh. Adoiiii... lemah rasa badan ni bila dengar camtu..
Orang cakap,kalu nak tau sesuatu, mesti tanya kat ahlinya..
Hmmm... tapi aku pergi juga pejabat socso nak tanya pasal Pencen Ilat ni. Tapi bila tanya kat staff tentang ilat ni, terus dia minta IC n check samaada layak x nak memohon n pastu dia bagi borang suruh isi n pergi jabatan rekod kat hospital. Sediakan la Rm40 ye untuk dapatkan rekod doktor tu n tunggu la lebih kurang sebulan baru siap.
Syarat layak nak mohon, Pencen Ilat kena mencarum lebih kurang setahun kot. xkisah la dah berapa lama pun kita berhenti kerja,kalau yang nak berniaga sendiri sampai tua tu, elok la kerja setahun dulu kat company yang carumkan kita socso. Umur pun sebelum sampai 60 thn boleh mohon. Pastu keadaan kita mesti sakit yang betul2 x boleh bekerja.
Ok, Bila semua dah siap. Rekod doktor pun dah dapat, hantar la borang tu kat pejabat perkeso terdekat, pastu tunggu je la surat untuk p interview jemaah doktor sampai rumah.
Aku bulan 3 hantar borang, bulan 4 berhenti kerja, bulan 5 pergi jemaah doktor kat Hospital Serdang. Pergi jumpa doktor yang x pernah langsung pun rawat aku. Seminggu lepas tu dapat surat jawapan yang menyatakan aku x layak dapat pencen ilat. Sedih gile., Padahal jemaah doktor sendiri tulis kat surat tu yang penyakit aku memang x boleh sembuh n aku memang dah buta tapi aku x dapat ilat atas alasan aku masih muda dan disarankan bekerja kembali. Sempat jugak la aku doa 2 3 kali biar doktor tu jadi buta cam aku ni.. haha..
Esoknya aku pergi pejabat perkeso untuk dapatkan borang rayuan. pastu siap tanya kat staff tu suruh hantar aku p interview jemaah doktor rayuan kat Hospital Selayang. Sebab doktor hospital selayang yang suruh aku mohon Ilat ni n doktor Selayang bagi jaminan kalau buat di hospital selayang, insyaallah lepas. Tapi staf tu dengan agak kurang mesra, cakap perkeso x boleh buat macam tu n semua doktor sama je, dia follow pada rekod doktor. Aku pandang staf tu n senyum, staf macam ni sampai kemati la hidup dia takat macam tu je. Nak menyombong sangat watpe.
Ok, bila dah submit borang rayuan tu. Aku kena tunggu je la surat panggilan untuk Jemaah Doktor Rayuan pulak.
Bulan ke bulan aku tunggu, xde apa berita pun, ada sekali tu aku hantar email kat perkeso.. merayu minta dipercepatkan urusan sebab dah hampir2 makan rumput ni.. hihi, entah macam mana la aku boleh hantar email camtu dulu.Yela, mana taknye, hujung bulan 4 aku resign, bulan 5 wat rayuan. pastu berbulan2 senyap je xde berita pape pun.. Aku risau staf yg kurang mesra tu dah koyakkan borang aku.. sampai macam tu sekali aku boleh terfikir..Korang jangan pelik sebab pemikiran orang yang sakit n terdesak ni memang lain macam sikit.Yela kan,fikir nak bayar duit komitmen loan lagi. memang stress gila time tu.
Tunggu punya tunggu, bulan 10 baru la sampai surat dari perkeso. bayangkan dari bulan 5 sampai bulan 10 xbergaji.. adoii.. sengsara betul.. Tapi dalam menunggu surat dari perkeso tu.. adalah staf perkeso bahagian tolong carikan kerja datang rumah aku. Baik orangnye cuma datangnya pun dah lambat sangat, dalam bulan 9. Nak offer kerja untuk aku. kerja lipat2 selimut kat hotel. Pastu aku bagi tau yang aku xboleh nak drive, Staf tu cakap nanti disediakan hostel. Aku fikir dengan umur macam aku ni, nak dok hostel.. memang xnak la.. pastu pun gajinye x berbaloi.. Elok aku dok rumah, makan minum disediakan n dijaga. keselamatan pun terjamin. Bagi aku, aku pegang kata2 bos aku.
Ok, citer pasal surat dari perkeso , aku dapat jumpa jemaah doktor rayuan selayang., rasa selamat la sikit. Bila aku pergi je, dalam jemaah doktor rayuaan semuanya berpangkat tinggi2, dan diorang memang nampak profesional dari segi cara, cakap n mcm2 lg la..Doktor situ siap periksa dulu mata kau n terangkan kat jemaah lain tentang sakit aku ni.. Diorang siap bagi jaminan memang aku akan dapat pencen ni. Lega rasa hati ni.
Bila selesai je proses jemaah doktor rayuan ni, aku balik n tunggu surat dari perkeso la.. tapi surat x sampai2.. macam surat reject dulu, seminggu je dah sampai.. Bila aku telefon perkeso tempat aku mohon tu, diorang cakap xde apa2 berita pun. Adoii,, stress gile.. Bila aku call hospital, diorang ckp dah lulus. bila call HQ perkeso, diorang periksa n diorang ckp dah lulus, pastu call lagi sekali, staf lain yang jawab. dia kata xde pape berita lagi.. memang besar betul ujian.. tapi alhamdulillah, dalam 3 minggu surat pun sampai rumah.. aku kena p perkeso, bagi detail bank n surat berhenti kerja.. nanti diorang uruskan..
Selang 2 minggu duit pun masuk.. Dapat la aku pencen Rm1014 sebulan n bayaran tertunggak dari mula aku berhenti kerja tu pun perkeso dah bayar kan.. dapatla 6k lebih kot. Alhamdulillah syukur...
P/s: Nanti kalau aku rajin aku citer apa yang aku buat dengan duit pencen ilat aku yang buat pendapatan aku lebih dari aku makan gaji dulu ye.. yang pasti bukan skim cepat kaya
Gaji berapa dan berapa lama pencarum sampai dpt lebih 1k? Boleh tahu x?
ReplyDeletebnyk juga dapat pencen tu..
ReplyDeleteharap wife sy pun dapat pencen ilat.
mc dah lebih setahun..skrg macam mayat hidup.
tak blh urus diri.
kalau mc 47 hari kerana operation sebab buang rahim fibroid & cyst boleh ke kelim hilang upaya sementara
ReplyDeleteboleh saya tahu tak reason jd tolak permohonan pertama encik? suami saya pon jd tolak ni
ReplyDelete